PUTRAJAYA, 12 Oktober 2022 - Kerajaan telah menyambung tempoh pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam yang akan berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022 dengan kadar baru pemberian subsidi kepada telur ayam sebanyak RM0.08/sebiji kepada peladang.
Menurut Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ini berpunca daripada kenaikan kos pengeluaran dan menyebabkan keperluan penyelarasan semula harga telur ayam di peringkat ladang dan borong, untuk membolehkan harga runcit telur ayam dikekalkan tanpa sebarang kenaikan. Harga maksimum ayam pula adalah kekal bagi semua peringkat meliputi ladang, borong dan runcit.
Berkuatkuasa serta merta, kedudukan harga pada setiap rantaian telur ayam adalah seperti berikut:
Gred / Rantaian |
LADANG |
BORONG |
RUNCIT |
Telur Gred A |
0.39 |
0.42 |
0.45 |
Telur Gred B |
0.37 |
0.40 |
0.43 |
Telur Gred C |
0.35 |
0.38 |
0.41 |
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) sentiasa bekerjasama dengan KPDNHEP dalam membuat pemantauan untuk memastikan bekalan barangan dalam Negara sentiasa mencukupi supaya harganya terus kekal stabil.
Tambahnya lagi 2,249 anggota Penguat Kuasa telah digerakkan di lokasilokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasaraya seluruh Negara untuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan setiap hari
Pihak Kementerian ingin terus mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya mana-mana pihak didapati gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim ini. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Pengguna yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan salah laku berhubung perkara ini boleh laporkan kepada pihak KPDNHEP.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat