Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PERASMIAN PROGRAM ‘LOVE LOCAL’ SEMPENA KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA (KBBM)

SELANGOR, 20 SEPTEMBER 2022 - YB Dato’ Rosol Bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah merasmikan Program ‘LOVE LOCAL’ sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di stesen minyak Petronas Kota Damansara 1, Selangor, pada hari ini.
Petronas Dagangan Berhad telah memberi komitmen tinggi dalam membantu menjayakan inisiatif KBBM ini menerusi program ‘Love Local’ yang digerakkan Petronas secara meluas. KBBM dilihat memberi impak positif dalam melonjakkan ekonomi usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).
Difahamkan, sehingga Ogos 2022 ini, ‘Love Local’ sempena KBBM telah memanfaakan lebih 1,800 usahawan atau pengeluar produk tempatan yang diberikan peluang membekalkan serta memasarkan produk mereka di rangkaian Kedai Mesra Petronas.
Selain itu, Petronas juga telah menjalankan program Segar@Mesra. Seperti sediamaklum, Segar@Mesra ini adalah program kerjasama strategik antara KPDNHEP bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Petronas yang dilancarkan sejak Januari 2021.
Melalui program ini, hasil pertanian, ternakan, perikanan dan makanan siap dimasak yang disejuk bekukan dapat dipasarkan terus kepada pengguna, sekaligus memendekkan rantaian bekalan dan membuka ruang pasaran baru kepada produk-produk hasil pertanian usahawan tempatan. Segar@Mesra juga dapat memberikan kos kompetitif dan jaminan kualiti kepada pelanggan dengan tawaran produk sejuk beku dan hasil tanaman yang segar.
Menurut YB Dato Rosol, pihak Kementerian sangat mengalu-alukan dan menghargai sokongan serta kerjasama rakan strategik seperti Petronas untuk menjayakan program dan inisiatif yang dirangka Kementerian dalam melonjakkan sektor PMKS ini. Ini bukan sahaja dapat mebantu para usahawan tempatan ini untuk terus berkembang ke pasaran global malah merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi domestik yang akan turut membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak tempatan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive