Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PERBARISAN DAN KAWALAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KE 50

MAJLIS PERBARISAN DAN KAWALAN KEHORMATAN SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS KE 50

KAJANG, 21 Julai 2022 – Telah berlangsung Majlis Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Sempena Sambutan Jubli Emas Ke 50 Bahagian Penguat Kuasa dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Penguatkuasaan, KPDNHEP Tahun 2022 yang dirasmikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bertempat di Maktab Penjara Malaysia, Kajang, Selangor.

Seramai 67 anggota terdiri daripada 49 anggota pelatih lelaki manakala selebihnya seramai 18 anggota adalah pelatih wanita melibatkan pelbagai gred jawatan iaitu Pegawai Penguat Kuasa Gred KP 41, Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP 29 dan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP 19.

Menurutnya, Kursus Asas Sains Penguatkuasaan kali ini telah diadakan selama dua (2) minggu bermula 1 Julai 2022 sehingga 14 Julai 2022 bertujuan untuk memberikan latihan dan ilmu pengetahuan asas kepada anggota lantikan baharu berkaitan tugas-tugas penguatkuasaan di bawah bidang kuasa Kementerian. Selain itu, pelatih juga telah didedahkan berhubung aspek kecergasan jasmani dan fizikal seperti latihan kawad kaki, tempur tanpa senjata, pengendalian/penggunaan senjata api.

Majlis yang diadakan pada hari ini juga merupakan acara Perbarisan dan Kawalan Kerhormatan Sempena Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP. Ulang tahun Penguat Kuasa KPDNHEP sepatutnya disambut pada tanggal 17 April setiap tahun dan tahun ini cukup istimewa dan bermakna sekali kerana genap 50 tahun usia Penguat Kuasa KPDNHEP yang ditubuhkan secara rasmi pada 17 April 1972 dengan tema “Komited Mendepani Cabaran”.

Anggota Penguat Kuasa KPDNHEP akan terus komited mendepani rintangan dan cabaran dengan penuh komited dan dedikasi serta penuh berintegriti untuk memastikan pertumbuhan perdagangan domestik berkembang dengan pesat dan dalam masa sama memelihara kepentingan pengguna selari dengan aspirasi Kerajaan serta memenuhi keperluan semasa untuk mensejahterakan Keluarga Malaysia.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive