Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LAWATAN RASMI KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KE KUANTAN, PAHANG

KUANTAN, 16 JULAI 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azman Mohd Yusof, telah mengadakan lawatan kerja ke Kuantan, Pahang untuk melawat Terminal Minyak PETRONAS Dagangan Berhad di  Kuantan Fuel Terminal, Bukit Pengorak, Kuantan. Seterusnya beliau melawat Syarikat Pembungkusan Minyak Masak Lean Far Trading di Kawasan Industri Indera Mahkota Kuantan dan merasmikan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Pahang.

Lawatan beliau ke Terminal Minyak PETRONAS DAGANGAN  adalah untuk meninjau serta mendapatkan input pengoperasian dan bekalan minyak petrol dan diesel di stesyen-stesyen minyak bagi kawasan pantai timur semenanjung. . Ini bagi memastikan bahawa bekalan petrol dan diesel sentiasa stabil dan berbincang pelbagai keadah untuk mempertingkatkan efisiensi penyaluran bekalan dan mengurangkan ketirisan agar bekalan sentiasa stabil untuk pengguna.

Menurut beliau, KPDNHEP telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat OILCO supaya bekalan minyak petrol dan diesel sampai di stesyen-stesyen tepat pada waktunya. KPDNHEP telah mencadangkan kepada syarikat OILCO untuk membuat perancangan awal dan menyediakan bekalan yang mencukupi supaya bekalan minyak petrol dan diesel tidak terputus seperti mana yang terjadi semasa musim perayaan hari raya puasa yang lalu. Hasil dari sesi libat urus ini dapat dilihat keberkesanannya apabila bekalan minyak terutama di kawasan pantai timur mencukupi semasa perayaan hari raya haji baru-baru ini.

Sementara lawatan ke syarikat pembungkusan minyak masak pula bertujuan untuk membuat pemeriksaan dalam memastikan penyaluran subsidi pengeluaran minyak masak peket 1kg di peringkat repackers adalah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“KPDNHEP juga mengambil peluang ini untuk meneliti semula penyaluran bekalan minyak masak dari kilang ke repacker dan dari repacker ke pemborong dan peruncit dalam usaha memastikan tiada ketirisan  yang berlaku termasuk penyeludupan” katanya.

Data dan informasi ini sangat penting untuk KPDNHEP menambahbaik mekanisma penyaluran subsidi dan meneliti alternatif seperti pelaksanaan Subsidi Bersasar bagi menjamin penyaluran yang tepat kepada golongan sasar dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan ketirisan dalam usaha Kerajaan mengurangkan beban fiskal Kerajaan dalam soal subsidi.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive