Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

HARGA SILING BARU AYAM STANDARD DAN TELUR AYAM UNTUK PASTIKAN NUTRISI DAN KESIHATAN KELUARGA MALAYSIA TERJAMIN

PUTRAJAYA, 1 JULAI 2022  Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI),   YB Datuk Seri Ronad Kiandee, telah mengumumkan harga siling baru bagi ayam bulat Standard dan Telur Ayam Gred A, B dan C pada  29 Jun 2022. Harga siling ini berkuatkuasa hari ini untuk tempoh dua bulan dari 1 Julai 2022.

Harga siling baru bagi Semenanjung untuk ayam standard pada harga RM9.40 sekilogram dan telur ayam Gred A(0.45sen sebiji), Gred B(0.43sen sebiji) dan Gred C(0.41 sen sebiji) bermula 1 Julai 2022 adalah manifestasi keperihatinan Kerajaan untuk membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat semua peringkat di samping mengekalkan tahap nutrisi dan kesihatan keluarga Malaysia untuk mendapatkan sumber protin yang diperlukan.

Kerajaan juga mengumumkan harga siling ayam dan telur ayam bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan seperti dalam daftar harga yang dilampirkan yang berkuatkuasa 1 Julai 2022 untuk tempoh masa yang sama iaitu dua bulan.

Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM369.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan subsidi pukal untuk ayam dan telur adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.  Keputusan Jemaah Menteri menetapkan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam dan telur dibuat dengan teliti demi kebaikan dan kesejahteraan semua peringkat  rakyat Malaysia.

KPDNHEP akan meneruskan tradisinya meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dengan menggerakkan semua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP di seluruh negara. Kementerian juga akan melakukan OPS SAMAR di mana pengawai penguatkuasa akan melaksanakan operasi tanpa memakai pakaian seragam dan kenderaan Kementerian serta melakukan ujian pembelian bagi memastikan peniaga patuh kepada patuh kepada undang-undang terutama bekalan, harga dan tanda harga. KPDNHEP yakin tahap pematuhan di peringkat peniaga terutama peruncit akan kekal tinggi seperti pada penetapan harga siling dan harga maksimum sebelum ini.

Selain itu, KPDNHEP akan terus bersama Kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat secara holistik dan tuntas meliputi semua barangan kawalan dan subsidi. Oleh itu, semua pengguna diminta untuk menyalurkan aduan yang lengkap kepada Kementerian sekiranya menyaksikan salah laku peniaga di talian Whatsapp 019-8488000, aplikasi ez-Adu atau email kepaa This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive