Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

GERAKAN PENGGUNA SISWA JADI PENGGERAK UTAMA ADVOKASI KEPENGGUNAAN PENGGUNA

ARAU, 30 Jun 2022 – Telah berlangsung Majlis Perdana Gerakan Pengguna Siswa (MPGPS) 2022 yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

MPGS 2022 ini merupakan satu program tahunan dalam kalendar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Gerakan Pengguna Siswa (GPS)  Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara yang bertindak sebagai platform dalam membincangkan isu-isu kepenggunaan bagi pelajar IPT. Ianya juga membina hubungan yang lebih baik di antara pelajar IPT dan KPDNHEP serta memantapkan GPS sebagai sebuah gerakan kepenggunaan yang berkesan.

Menurut Dato’ Rosol Wahid, pihak Kementerian sentaisa komited dalam menyokong usaha proaktif yang dilaksankan oleh Gerakan Pengguna Siswa di IPT seluruh negara dalam menyebarluas ilmu kepenggunaan serta meningkatkan kesedaran hak pengguna di kalangan pengguna muda. Sehingga kini, jumlah keseluruhan GPS yang berdaftar dengan KPDNHEP adalah sebanyak 177 buah GPS. Daripada jumlah ini, seramai 8,748 pelajar telah menjadi ahli persatuan GPS.

Kementerian percaya peranan yang dimainkan oleh ahli GPS amat signifikan yang menjadi duta kecil bagi KPDNHEP serta berperanan sebagai mata dan telinga Kerajaan dalam menyemarakkan dan menyebarluas program advokasi kepenggunaan di kalangan pengguna muda.

Akhir sekali, pihak Kementerian berharap agar aktiviti-aktiviti kepenggunaan melalui platform GPS di IPT ini dapat diperluaskan dan ia mampu membentuk satu asas budaya kepenggunaan yang holistik dan konsisten di kalangan golongan pelajar yang merupakan kumpulan pengguna generasi baru (new consumer group). 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive