Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

HARGA MAKSIMUM AYAM STANDARD, AYAM SUPER DAN TELUR AYAM DIKEKALKAN SEHINGGA 30 JUN 2022

harga maksimum ayam standard ayam super dan telur ayam dikekalkan sehingga 30 jun 2022

PUTRAJAYA, 2 Jun 2022 – Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Jun 2022 bersetuju harga maksimum runcit Ayam Standard, Ayam Super dan Telur Ayam menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022. Ini adalah untuk memastikan Keluarga Malaysia bersedia dengan perubahan harga apabila penentuan harga ini berakhir pada 30 Jun 2022 nanti.

Menurut Menterinya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam ini telah dilaksanakan sejak 5hb. Februari 2022 dan sepatutnya berakhir pada 5hb. Jun 2022 di mana harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia telah ditetapkan seperti berikut:

  • Ayam Bulat Standard: RM8.90 / kg
  • Ayam Bulat Super: RM9.90 / kg
  • Telur Ayam Gred A: RM0.43/ biji
  • Telur Ayam Greb B: RM0.41/ biji V. Telur Ayam Gred C: RM0.39/biji

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah.

Tambhanya lagi, sebagai Kerajaan yang prihatin, Kementerian Kewangan akan meneliti cadangan pemberian bantuan untuk golongan sasar berpendapatan rendah termasuklah kadar dan mekanisme penyaluran bantuan bagi menangani kenaikan harga barang apabila penentuan harga maksimum ayam dan telur tamat pada 30 Jun 2022 nanti.

Pegawai-pegawai Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus meningkatkan penguatkuasaan setiap hari di seluruh negara untuk menentukan bekalan sentiasa stabil dan tiada pencatutan berlaku di pasaran.

Pelaksanaan penentuan harga ini akan berkesan sekiranya semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing termasuklah dengan cara menyalurkan aduan dan maklumat kepada KPDNHEP sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar undang-undang ditetapkan. 

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive