Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PROGRAM JELAJAH FRANCHISE BAY PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2022

program jelajah franchise bay peringkat negeri sarawak tahun 2022

KUCHING, 28 Mei 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) menganjurkan Program Jelajah Franchise Bay Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2022 di Pusat beli-belah Vivacity Megamall, Kuching. Sarawak.

Ini adalah sebagai platform kepada para usahawan untuk mempromosikan perniagaan mereka dan bersama-sama menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara pada masa ini yang terkesan akibat pandemik Covid-19. 

Menteri PDNHEP, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata Program Jelajah Franchise Bay bertujuan memberi pendedahan tentang sistem-sistem perniagaan francais yang telah wujud di negara ini serta pakej-pakej latihan dan pembiayaan yang disediakan oleh Kerajaan kepada bakal-bakal usahawan. Program Franchise Bay pada hari ini adalah yang pertama daripada siri Jelajah Franchise Bay bagi tahun 2022. Siri-siri seterusnya akan diadakan di Negeri Johor (9-11 Jun 2022), Pahang (15-17 Julai 2022), Selangor (19-21 Ogos 2022) dan yang terakhir di Negeri Kedah (17-19 November 2022).

Kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi dengan nilai pontensi pelaburan sebanyak RM 7.5 juta diperolehi dengan penyediaan 15 buah tapak pameran francais secara percuma kepada francaisor.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive