SANDAKAN, 26 Mei 2022 – Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menyempurnakan Majlis Pelancaran dua program utama Kementerian iaitu Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) Peringkat Negeri Sabah dan Program Jualan Malaysia (PJM) – “Rancak Pesta Kaamatan”.
Menurut Menterinya, pelancaran ReDI dan PJM Kaamatan ini adalah sebahagian dari pelaksanaan inisiatif pengembangan sektor perniagaan yang menjadi teras utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sejak program ini dijalankan seramai 3,512 peniaga telah beralih ke medium digital dan kini ianya diperluaskan di Sandakan dengan menyasarkan Sejati Walk sebagai Cashless Mall pertama di Sabah.
Manakala, PJM Segmen Perayaan Tahun 2022 kini diperluaskan setelah pelaksaan PJM Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, “Rancak Aidilfitri” di Nilai, Negeri Sembilan, “Rancak Hari Gawai” di Kapit, Sarawak dan hari ini “Rancak Pesta Kaamatan” di Sandakan, Sabah yang merupakan kesinambungan segmen perayaan ini dalam memastikan rakyat dapat berbelanja dengan jualan murah sepanjang tahun dalam keadaan selamat.
Pihak Kementerian bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM38,500 bagi melaksanakan program insentif baru kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai di Sandakan ini. Manakala, pihak swasta melalui ShopeePay dan 99SpeedMart juga berbesar hati menyumbangkan sebanyak 350 unit safety kits dan 700 kotak makanan yang keseluruhannya berjumlah RM53,000 kepada peniaga-peniaga di Sejati Walk dan kumpulan sasar yang terlibat di sekitar Sandakan.
Akhir sekali, untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada
Oleh : Unit Komunikasi Korporat