Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

INISIATIF PENDIGITALAN ReDI (RETAIL DIGITALISATION INITIATIVE) DIPERLUAS KE WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

LABUAN, 18 April 2022 –  Telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Initiative – ReDI) di Wilayah Persekutuan Labuan oleh Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

ReDi merupakan sebahagian dari  perlaksanaan inisiatif pendigitalan sektor perniagaan yang menjadi teras utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sejak tahun 2020. ReDI telah dilaksanakan di Putrajaya, Hulu Terengganu, Kapit Sarawak, Pulau Pangkor dan kini di WP Labuan.

Menurut Menterinya, ReDI di Labuan dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan rakan strategik daripada penyedia e-wallet iaitu Maybank dan Boost bagi memastikan pemain industri sektor peruncitan sentiasa seiringan dengan perkembangan teknologi digital terutama dalam aspek pembayaran digital tanpa tunai dan tanpa sentuh. Inisiatif ReDI juga mendokong kerangka pelaksanaan MyDIGITAL, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK-12 negara bagi sektor peruncitan dalam membantu peniaga melonjakkan semula ekonomi di Fasa Peralihan Endemik ini.

Pihak Kementerian berpandangan bahawa peniaga perlu didedahkan dan dibantu dalam proses digitalisasi perniagaan sekurang-kurangnya melalui penggunaan e-wallet dan e-dagang.Tumpuan utama Kementerian pada ketika ini adalah kepada peniaga peringkat mikro dan kecil supaya dapat menerima serta mengguna pakai teknologi e-wallet terutamanya di kawasan luar bandar sebagai mod pembayaran utama.

Sehubungan dengan itu, bagi menyokong pelaksanaan program ini, Kementerian juga bersetuju untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM26 ribu menerusi  Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) dan Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) sebagai insentif norma baru kepada peniaga dan pengguna secara tanpa tunai dan tanpa sentuh di Labuan ini.

Tambanhya lagi, Kementerian juga menyambut baik program e-Pemula yang telah diumumkan Kerajaan pada 10 April yang lalu khusus untuk golongan belia (IPT) sebanyak RM150 melalui kredit e-tunai melibatkan peruntukan berjumlah RM300 juta. Program ini dijangka akan melonjakkan lagi penggunaan e-wallet termasuk memberi impak secara terus kepada penerima dan peniaga yang telah berdaftar melalui program ReDI ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP

(Hanya terbitan bahasa melayu sahaja)


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive