Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

JUALAN & MENU RAHMAH LOTUS’S MALAYSIA

imageKUALA LUMPUR, 14 MAC 2023, SELASA – Lotus’s Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melancarkan Inisiatif Payung RAHMAH Lotus’s sebagai tanda sokongan terhadap program Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Ianya telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri KPDN.

Inisiatif Pakej RAHMAH yang akan berlansung ini menawarkan harga istimewa (potongan dari 30%) yang lebih murah secara kombinasi mengikuti sambutan – sambutan istimewa di Lotus’s sebagai contoh Pakej RAHMAH Kembali ke Sekolah dan lain-lain lagi.

Manakala Jualan Rahmah pula, merupakan program jualan murah sepanjang tahun di semua pasaraya Lotus’s menawarkan potongan harga yang akan ditukar promosinya pada setiap bulan mengikut tempoh khas yang tertentu seperti Ramadhan Raya yang akan datang, jualan murah Merdeka dan sebagainya.

Inisiatif Jualan RAHMAH ini, dapat membantu meringankan beban para pelanggan dengan menyediakan penjimatan sehingga 50% kepada mereka melalui 10,000 produk mereka membeli belah di semua cawangan Lotus’s dan di platform Lotus’s Shop Online.

Pelanggan juga boleh menikmati penjimatan daripada 30% untuk produk makanan asas dan barangan kembali ke sekolah di bawah tawaran Pakej RAHMAH, dan pada masa yang sama dapat membeli makanan di bawah Inisiatif Menu Rahmah iaitu yang berharga RM5 di semua medan selera Lotus.

Sokongan yang diperoleh dari Lotus’s Malaysia ini sebagai rakan strategiknya adalah satu petanda kejayaan yang berterusan bagi Inisiatif Payung RAHMAH.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive