PUTRAJAYA, 18 NOVEMBER 2024, ISNIN - Majlis Perasmian Penutupan Program Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat KPDN Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertempat di Dewan Serbaguna Aras G, KPDN.
KPDN mendukung hasrat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menjayakan inisiatif pelaksanaan Dekad Bahasa Kebangsaan (2020-2030) untuk memperkasakan bahasa Melayu. Pelbagai program bahasa yang telah dilaksanakan seperti Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa, Program Bahasa Kebangsaan: Tiada Kata Secantik Bahasa, Program Jom Baca Bersama 10 Minit serta Pertandingan Puisi, Pantun dan Dikir Barat.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat