Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SAMBUTAN HARI INOVASI KPDN TAHUN 2024

image

Majlis Perasmian Hari Inovasi KPDN Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 26 November 2024 bertempat di Dewan Serbaguna KPDN.

Hari Inovasi KPDN Tahun 2024 yang telah berlangsung bermula 25 November 2024 dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pameran inovasi, sesi inovasi cergas, aktiviti i-Explorace, aktiviti membina Kit Robotik, fizikal e-sport, Kuiz Interaktif Uji Minda serta ceramah inovasi.

Penganjuran hari inovasi ini adalah bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dan memberi pengiktirafan bagi kejayaan inovasi yang dihasilkan oleh warga Kementerian serta sebagai platform perkongsian ilmu mengenai inovasi.

Pada masa yang sama, turut diadakan pelancaran buku “Laporan Penilaian Impak Bagi Aktiviti Penguatkuasaan MyCC serta penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Keceriaan “Jiwa Merdeka Peringkat KPDN”, Pertandingan i-Explorace serta Pertandingan Anugerah Inovasi KPDN 2024.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MySales Tracker
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive