Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

LAWATAN KERJA RASMI PROGRAM KITA GEMPUR DI SANDAKAN, SABAH

image

YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meluangkan masa turun padang bagi Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) di bawah inisiatif KITA GEMPUR pada 1 Disember 2024 bertempat di sekitar Pusat Bandar Batu 8, Sandakan.

Objektif utama Sesi Advokasi Biz-BERKAT adalah untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen peniaga terhadap kepatuhan kepada kod etika, peraturan, dan undang-undang perniagaan. Ini juga merangkumi pematuhan kepada Akta Perihal Dagangan 2011, termasuk larangan memberikan maklumat atau perihal dagangan yang palsu berkaitan produk, harga, perkhidmatan, serta pensijilan halal.

Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melaksanakan OPS KESAN 3.0 hari ini bagi tujuan memantau dan mengekang aktiviti pencatutan. Operasi ini dilaksanakan seiring dengan pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


MySales Tracker
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive