YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turun padang dengan meluangkan masa hadir memeriahkan Program Advokasi Kepenggunaan dan Sumbangan Bakul Makanan Yayasan Petronas di Dewan Gereja St. Augustine Kinarut pada 15 Disember 2024.
Program ini merupakan salah satu inisiatif KPDN untuk mendekati dan menyantuni rakyat khsususnya komuniti setempat. Program turut dimeriahkan dengan hadiah cabutan bertuah untuk para pengunjung dan juga sesi happy hour yang memberi peluang tawaran harga lebih 30% untuk barangan keperluan harian.
Istimewanya hari ini juga ialah penyerahan sumbangan daripada Petronas melalui Yayasan Petronas kepada 200 keluarga bagi Parlimen Papar berupa barangan keperluan harian sempena menjelang perayaan nanti.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat