SHAH ALAM, 19 DISEMBER 2024, KHAMIS- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan sesi walkabout KBBM di Aeon Mall Shah Alam. Program ini merupakan kerjasama antara KPDN dan AEON CO (M) Bhd bagi Inisiatif Pemerkasaan Produk Usahawan Tempatan di bawah KBBM pada tahun 2024 yang berlangsung pada 19 - 22 Disember 2024 ini bertujuan untuk mengangkat produk barangan Malaysia melalui kerjasama bersama pasar raya besar, pasar raya mahupun kedai serbaneka ke arah pemerkasaan produk tempatan dalam industri peruncitan tempatan.
Penglibatan seramai 10 usahawan tempatan bimbingan KPDN yang telah berjaya memasuki pasaran Aeon untuk mempromosikan Kempen ini serta meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai ketersediaan produk barangan di pasaran tempatan.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat