Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN PANTAU AKTIVITI SCAM PENJUALAN MINYAK MASAK DALAM TALIAN

PUTRAJAYA, 17 JANUARI 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerap menerima aduan daripada pengguna berhubung sindiket penipuan dalam talian (scam) yang menawarkan minyak masak paket.

KPDN telah menumpukan usaha berterusan memantau aktiviti penjualan minyak masak dalam talian dengan menubuhkan unit khas di Bahagian Penguat Kuasa bagi tugasan pemantauan aktiviti tersebut. Unit ini akan menjalankan pemantauan dan menganalisis data berkaitan bagi tujuan penguatkuasaan.

Modus operandi aktiviti scam penjualan minyak masak adalah dengan memperdaya mangsa dengan menggunakan laman media sosial atau pasar dalam talian. Sindiket dikesan menawarkan minyak masak untuk dijual dan terdapat iklan umpanan dengan menawarkan dengan harga yang lebih murah dari pasaran memandangkan barangan tersebut mendapat permintaan yang tinggi.

KPDN juga telah bekerjasama dengan pengendali tapak pasar secara dalam talian dalam negara bagi memastikan aktiviti scammer serta penyelewengan minyak masak yang dilakukan secara dalam talian ini dapat diatasi dengan lebih berkesan.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive