Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

OPS TIRIS INDERAPURA

KUANTAN, 29 JANUARI 2024,ISNIN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pahang telah berjaya menggagalkan cubaan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi apabila sebuah kenderaan Lori Bonded muatan 3 tan ditahan ketika sedang mengisi Minyak Diesel di sebuah Stesen Minyak di sekitar kawasan Inderapura, Kuantan Pahang.

Pihak KPDN telah bertindak menyita sejumlah anggaran 1,000 liter minyak diesel kerana disyaki memiliki barang kawalan (minyak diesel) dengan niat untuk melakukan kesalahan iaitu tidak memiliki permit kebenaran daripada Pengawal Bekalan. Turut disita adalah sebuah kenderaan lori bonded 3 tan bersama tangki keluli tambahan yang digunakan untuk tujuan tersebut bagi siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM50,823.00

Melalui OPS TIRIS 3.0, KPDN Pahang telah berjaya menghasilkan sebanyak 8 kes sepanjang bulan Januari 2024  dengan nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM381,293.00.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive