Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

TURUN PADANG YB MENTERI PDN-HARI PERTAMA PELAKSANAAN PROJEK RINTIS FLEET CARD SEKTOR PENGANGKUTAN DARAT (BARANGAN) MELALUI SKDS 2.0

SEPANG, 1 FEBRUARI 2024, KHAMIS– YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah melakukan tinjauan hari pertama pelaksanaan Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bagi Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) yang diadakan di sekitar Sepang, Selangor.

Untuk makluman, Kerajaan telah merancang untuk melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel pada suku kedua tahun 2024 yang bermaksud subsidi diesel tidak akan diberikan secara pukal di stesen-stesen minyak.

Melalui inisiatif penyasaran semula subsidi diesel ini, Kerajaan pada dasarnya mempertimbangkan pemberian subsidi dengan kadar khas kepada Sektor Pengangkutan Darat bagi sub-sektor Awam dan sub-sektor Barangan melalui pelaksanaan SKDS 2.0.

Sehubungan itu, sebelum pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel ini yang tarikhnya akan ditentukan kelak, KPDN merintis usaha untuk menguji Sistem MySubsidi Diesel. Sistem MySubsidi Diesel akan diguna pakai bersama Sistem Fleet Card syarikat-syarikat minyak dalam pelaksanaan penyasaran subsidi kelak.

Secara keseluruhan, sebanyak 3,792 stesen minyak terlibat dalam Projek Rintis SKDS 2.0 yang boleh digunakan oleh syarikat perintis bergantung kepada laluan kenderaan syarikat masing-masing di seluruh Semenanjung Malaysia.

Usaha rintis ini dijangka dapat memberi maklum balas dan analisis yang tepat kepada Kementerian dalam memperkemas mekanisme bagi penyasaran semula subsidi diesel. Pada masa yang sama, usaha ini juga bagi memastikan kes ketirisan dan penyeludupan pada tahap yang paling minimum.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive