PENGKALAN HULU - 17 Februari 2024 (SABTU) – Penguat kuasa KPDN berjaya menahan seorang lelaki warga Thailand disyaki melakukan pengubahsuaian tangki kenderaan bagi tujuan penyelewangan Petrol RON95 ketika pemeriksaan kenderaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak.
kereta jenis Toyota Camry 2.2 yang bernombor pendaftaran Malaysia dipandu oleh seorang lelaki ketika melalui Pos Sekatan Jalan Raya menuju ke Betong dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebuah tangki tambahan dibahagian belakang kenderaan yang bersambung dengan tangki asal kenderaan tersebut.
Turut ditemui cecair yang disyaki minyak Petrol berada di dalam tangki tambahan ini dengan anggaran sebanyak 60 liter cecair yang disyaki minyak Petrol telah disita bersama kenderaan. Nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM5,123.00.
Kes tersebut disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
KPDN Perak ketika ini sedang giat menempatkan anggota Penguat Kuasa di pintu masuk sempadan negara dalam usaha mengekang ketirisan dan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi. KPDN Perak menegaskan pihaknya, akan terus komited dan konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan sesekali berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang di bawah KPDN, khususnya melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi diesel yang merupakan salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat