PUTRAJAYA, 21 FEBRUARI 2024 (RABU)- Bersempena memperingati hikmah Israk Mikraj yang mana merupakan peristiwa agung bagi umat Islam mengenai perjalanan mukjizat Nabi Muhammad saw yang penuh ibrah terhadap iman dan pengabdian kepada Allah SWT, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPDN telah menganjurkan Program Penghayatan Nilai-Nilai Islam Siri 1 KPDN Tahun 2024 : "Hikmah Perjalanan Satu Malam" di Dewan Serbaguna, KPDN.
Menampilkan selebriti dakwah terkenal - YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias, program seperti ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan warga kerja Kementerian terhadap amalan nilai-nilai agama islam dalam perkhidmatan bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam yang mempunyai kekuatan spiritual, intelektual dan emosi yang seimbang.
Oleh: Unit Komunikasi korporat