SEREMBAN, 1 JUN 2024, SABTU- YB Senator Puan Hajah Fuziah Saleh telah menghadiri Perhimpunan Perwakilan Nasional 2024 bertempat di Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.
YB Senator menyampaikan ucaptama dengan merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia di atas kejayaan program MySavedFood@ Ramadan tahun 2024 selama 26 hari di 139 buah bazar ramadan seluruh negara. Pelaksanaan program ini telah menunjukkan pencapaian memberangsangkan dimana sebanyak 60.65 tan makanan dan minuman bernilai RM724,770 berjaya diselamatkan dan pelepasan gas rumah hijau (Greenhouse gas (GHC) emissions) sebanyak 113,763kg dapat dihalang.
KPDN telah mengambil langkah lebih proaktif dengan melancarkan satu inisiatif baharu iaitu Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang dianggotai oleh pelajar institut Pengajian Tinggi (IPT) dan berperanan sebagai duta kecil kepenggunaan KPDN dalam menyampaikan mesej kepenggunaan di kalangan mahasiswa.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat