Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

SESI LIBAT URUS SISTEM KAWALAN DIESEL BERSUBSIDI (SKDS 2.0) DI PASAR UTC KUANTAN,PAHANG

KUANTAN,4 OGOS 2024, AHAD - YB Senator Puan Hajah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meluangkan masa dengan mengadakan sesi walkabout dan Libat Urus SKDS 2.0 MySubsidi Diesel bersama kira-kira 400 peniaga dan pengunjung di Pasar Tani UTC Kuantan,Pahang.

Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memberi bantuan semakan dan khidmat nasihat berkaitan tatacara permohonan BUDI MADANI MySubsidi Diesel selaras dengan pengumuman Kerajaan baru-baru ini. Program turut menyasarkan semua syarikat pengangkutan darat yang layak untuk mendaftar bagi mendapatkan kemudahan diesel bersubsidi melalui sistem fleet card, seterusnya membantu mengawal kos harga barangan di pasaran khususnya bagi barangan keperluan harian rakyat. Lima syarikat minyak turut turun padang untuk membantu memudahkan proses semakan dan pendaftaran kenderaan logistik oleh pihak syarikat.

YB Timbalan Menteri turut menyerahkan jalur gemilang kepada para peniaga dan orang awam sebagai tanda sokongan kepada Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 bersempena sambutan Hari Kebangsaan penghujung Ogos ini.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive