Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PROGRAM CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA KELAB PENGGUNA DAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUP HIMPUNAN PERDANA KELAB PENGGUNA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024

cabaran

LANGKAWI, 9 SEPTEMBER 2024, ISNIN - Program Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS) Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan telah berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September 2024 bertempat di Langkawi, Kedah.

Program ini merupakan inisiatif di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Format bagi pertandingan ini adalah berbentuk cabaran interaktif berkonsepkan explorace yang menguji kecekapan, pengetahuan dan amalan kepenggunaan.

Sebanyak 16 sekolah menengah yang mewakili seluruh Negeri di Malaysia dengan penglibatan seramai 64 orang pelajar telah menyertai cabaran ini.

Majlis Perasmian Penutup Himpunan Perdana Kelab Pengguna Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Zakaria Shaaban, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertempat di Bella Vista Waterfront, Langkawi.

Senarai pemenang Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS)

Juara : SM Sains Sultan Mahmud, Terengganu
(Wang tunai RM5000,piala, medal dan sijil penyertaan)

Naib Juara : SMK Saujana, Negeri Sembilan
(Wang tunai RM3000, piala dan sijil penyertaan)

Ketiga : Maktab Mahmud, Merbok, Kedah.
(Wang tunai RM2000, piala, medal dan sijil penyertaan)

Keempat : Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur
(Wang tunai RM500, medal dan sijil penyertaan)

Kelima : SMK St. Elizabeth, Sarawak
(Wang tunai RM300, medal dan sijil penyertaan)

Lima Kategori Anugerah Khas

1.        Anugerah Pengguna Bijak – SMK Saujana, Negeri Sembilan.
2.        Anugerah Bijak Wang - SM Sains Sultan Mahmud, Terengganu.
3.        Anugerah Nutri-X - Kolej Vokasional Kudat, Sabah.
4.        Anugerah Mesra Alam - SM Sains Sultan Mahmud. Terengganu
5.        Anugerah Kerjasama Berpasukan - SMK Agama Irshad, Pulau Pinang.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive