Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

HARI PERTAMA PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SAYANGI SABAH

KOTA KINABALU, 18 OKTOBER 2024, JUMAAT - Program MADANI rakyat 2024 Sayangi Sabah sedang berlangsung selama 3 hari bermula 18 sehingga 20 Oktober 2024 bertempat di perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah membuka tirainya dengan pelbagai pengisian menarik dan berinformatif melalui kerjasama strategik pelbagai jabatan dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Telah berlangsung pengisian Pentas Utama dengan Pertandingan Choral Speaking, Pocket Talk Kementerian, saringan Battle of the band, Peragaan busana etnik kanak-kanak tabika perpaduan, Persembahan kebudayaan sabah, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti menarik buat pengunjung yang hadir.

Pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat kerajaan melalui kaunter perkhidmatan di reruai kementerian/ Jabatan / Agensi serta terdapat juga perkidmatan kaunter bergerak yang dibawa terus kepada rakyat, Karnival kerjaya TVET, Jualan Usahawan Tempatan, Pameran Aset Kerajaan dan banyak lagi.

Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) yang berlangsung bermula 9 pagi hingga 9 malam mendapat sambutan yang hangat daripada pengunjung dengan diskaun jualan 10% hingga 30%  bagi barang keperluan harian seperti beras, ayam segar,telur ayam, minyak masak, susu pekat, bihun, cecair pencuci pinggan dan, sabun pencuci serta banyak lagi barangan keperluan harian yang lain.

Perkhidmatan Bus Shuttle juga disediakan buat semua pengunjung yang hadir.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive