Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PROGRAM ADVOKASI DAN SESI LIBAT URUS KITA GEMPUR BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN, KPDN NEGERI, KPDN CAWANGAN DAN AGENSI DI BAWAH KPDN

image

PUTRAJAYA, 13 NOVEMBER 2024 (RABU) - YBhg. Dato Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah hadir ke Program Advokasi dan Sesi Libat Urus KITA GEMPUR bersama Pengarah Bahagian, KPDN Negeri, KPDN Cawangan dan Agensi di bawah KPDN di Putrajaya.

Melalui kerjasama erat dan penyelarasan yang lebih terancang, program ini bertujuan memperkasa inisiatif KITA GEMPUR bagi mencapai matlamat memperkukuhkan advokasi di lapangan serta memberi manfaat yang mendalam kepada masyarakat.

Sesi ini bukan sahaja membuka ruang kepada perbincangan strategi advokasi yang lebih mendalam, tetapi turut memfokuskan kepada pendekatan yang lebih efektif dalam menyampaikan mesej dan maklumat penting kepada golongan sasaran.

Dengan langkah ini, diharapkan segala usaha KITA GEMPUR dalam memperkasa kesedaran pengguna akan terus dipertingkatkan demi mewujudkan masyarakat yang lebih berdaya saing dan berilmu.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive