SUBANG JAYA, 13 NOVEMBER 2024, RABU -YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah hadir ke Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) Perkongsian Data Harga di Aplikasi PriceCatcher antara KPDN bersama Pasar raya MYDIN dan Redtick.
Antara objektif usaha ini dilaksanakan ialah untuk memberi lebih banyak pilihan dan liputan premis yang lebih luas kepada pengguna di Malaysia sekali gus dapat mendaya upaya pengguna yang lebih bermaklumat mengenai harga di pasaran dan membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum merancang pembelian.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat