Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN ANJUR JELAJAH PEMANTAPAN PENGISIAN PORTAL IHSAN MADANI PERINGKAT NEGERI

SHAH ALAM, 28 FEBRUARI 2025, JUMAAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) telah melaksanakan Siri Jelajah Pemantapan Pengisian Portal Ihsan MADANI ke Peringkat Negeri. Program selama dua hari yang bermula pada 27 Februari 2025 adalah untuk menambah baik kandungan inisiatif dan meningkatkan fungsi Portal Ihsan MADANI melalui pendekatan ‘whole of nation’ dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

Siri jelajah yang dimulakan dengan Zon Tengah ini melibatkan Kementerian dan Jabatan Persekutuan termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan UPEN Perak. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), KPDN dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Yazid bin Kasim, Pengarah Kanan Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan YBrs. Puan Faraismawati binti Osman, Pengarah NACCOL, KPDN.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive