Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

HARI BERSAMA NGO KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI HAK-HAK PENGGUNA SEDUNIA 2025

PUTRAJAYA, 14 Mac 2025 (Jumaat) - Bersempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia atau Hari Pengguna Kebangsaan yang akan disambut pada 15 Mac 2025, YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menyempurnakan perasmian Hari Bersama NGO Kepenggunaan yang dianjurkan oleh Bahagian Gerakan Kepenggunaan bertempat di Dewan Anjung Seri, KPDN.

‘Semarak Konsumerisme’ telah diangkat sebagai tema Hari Pengguna Kebangsaan 2025 dan program ini telah menghimpunkan pelbagai persatuan pengguna yang bergerak aktif di lapangan dalam menyebar maklumat kepenggunaan dan saluran aduan yang tepat seterusnya menjadi perantara antara masyarakat dan Kementerian dalam usaha meningkatkan pendayaupayaan pengguna.

Dalam masa yang sama, sesi menandatangani Akujanji KITA GEMPUR bersama NGO Kepenggunaan turut dilaksanakan sebagai gerakan bersama dalam membanteras aktiviti kartel & manipulasi peniaga tidak beretika serta menangani penyelewengan & ketirisan barang kawalan dan bersubsidi.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin -Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, YBhg. Dato’ Amran bin Ahmad -Timbalan Ketua Setiausaha Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan, YBhg. Datuk Azman bin Adam -Ketua Pengarah Penguat Kuasa, YBrs, Encik Mohd Zaid bin Idris -Pengarah Bahagian Gerakan Kepenggunaan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive