Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PERASMIAN HARI INTELEK NEGARA 2025 & MAJLIS AIDILFITRI MyIPO

intelek

PETALING JAYA, 24 APRIL 2025 - Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menganjurkan Hari Intelek Negara 2025 yang dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertempat di Menara MyIPO, Petaling Jaya, Selangor.

Tema “Muzik Kita, Milik Kita” telah dipilih pada tahun ini bagi mengangkat kepentingan pendaftaran hak cipta dalam industri muzik tempatan. Rasional kepada tema ini bertujuan menggalakkan lebih ramai penggiat seni untuk mendaftarkan karya muzik mereka secara rasmi sebagai langkah melindungi hak dan hasil ciptaan.

YB Menteri turut meluangkan masa memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran MyIPO yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBrs. Tuan Kamal Kormin, Ketua Pengarah MyIPO, YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, YBrs. Tuan Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC serta pegawai-pegawai kanan Kementerian & Agensi.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive