PROGRAM PENGUATKUASAAN DAN ADVOKASI KEPENGGUNAAN YB TIMBALAN MENTERI BERSAMA KPDN NEGERI JOHOR 2025
JOHOR BAHRU, 19 JUN 2025- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui KPDN Negeri Johor telah menganjurkan satu sesi libat urus melibatkan pemain industri terdiri daripada syarikat Petroleum, persatuan peniaga, pemborong LPG, pengusaha restoran dan pengusaha dobi bersama YB Senator Dr. Hajah Fuziah Saleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bertempat di Hotel Trove, Johor Bahru, Johor.
Penganjuran sesi libat urus ini bertujuan untuk mengumpul dapatan syor dan pandangan daripada pelbagai pemegang taruh berkaitan syor pelaksanaan pindaan ke atas PPKB (pindaan) 2021 yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Jun 2025.
Dapatan syor dan pandangan melalui sesi libat urus ini akan dikumpul dan dibawa dalam bentuk syor ke mesyuarat kabinet bagi memuktamadkan pindaan ke atas PPKB (pindaan 2021) yang mana memberi manfaat kepada para pemain industri dan pengguna tanpa menjejaskan kos sara hidup rakyat.
Turut hadir bersama YBrs. Pn. Lilis Saslinda Pornomo, Pengarah KPDN Negeri Johor dan pegawai-pegawai kanan kementerian.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat