๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ก๐๐ฉ๐๐ ๐๐ฃ๐๐ก & ๐๐๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ ๐ญ๐ข๐ก ๐ฆ๐๐๐๐
RANAU, 26 Julai 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meneruskan penganjuran Program Jelajah Karnival KPDN dan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 Zon Sabah yang berlangsung di Ranau, Sabah.
Majlis perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam suasana penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat.
Karnival ini berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai 2025 dan dijangka menarik lebih daripada 60,000 pengunjung dari pelbagai latar belakang. Penganjuran ini menjadi platform utama KPDN dalam merakyatkan perkhidmatan kerajaan hingga ke akar umbi khususnya dalam memperkenalkan perkhidmatan di bawah tanggungjawab dan kefungsian KPDN kepada orang ramai.
Pada masa sama, Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025 turut diperkasakan menerusi pelaksanaan karnival ini dengan tema โJom Beli Lokalโ. Tema ini membawa mesej penting kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong produk buatan tempatan sekaligus membantu merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat