Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

YB MENTERI PDN LANCAR MENU PROMOSI HARI KEBANGSAAN MELALUI JENAMA LOKAL TEMPATAN

menupromosi    

YB MENTERI PDN LANCAR MENU PROMOSI HARI KEBANGSAAN MELALUI JENAMA LOKAL TEMPATAN

KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2025, SABTU YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah hadir meraikan Jenama lokal tempatan iaitu Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock yang telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian rekod tertinggi dalam negara dengan penjualan sebanyak 452,162 pinggan nasi lemak sepanjang tahun 2024 bertempat di Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock Petaling street, Kuala Lumpur.

Nasi lemak merupakan menu kebangsaan yang menjadi citra perpaduan kaum. Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2025, Kopitiam Ali, Muthu & Ah Hock mengambil pendekatan sendiri bagi menggambarkan komitmen mereka dengan melancarkan promosi diskaun 50 peratus menu Nasi Lemak daripada harga asal RM13.90 kepada RM6.80 untuk memaknai dan menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air sepanjang bulan kebangsaan.

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) merupakan salah satu inisiatif di bawah KPDN dalam membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempromosi produk buatan tempatan dan menarik minat pengguna tempatan untuk membeli dan menyokong produk lokal.

Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Rohaizi Bahari, Pengarah Kanan (Sektor Perdagangan dan Perniagaan), YBrs. En. Adiratno Che Ani, Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, YBrs. En. Sabri Seman, Pengarah KPDN W.P Kuala Lumpur dan Pegawai-pegawai kanan kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive