Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP JELAJAH KARNIVAL KPDN 2025 DAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA ZON SARAWAK

menupromosi    

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP JELAJAH KARNIVAL KPDN 2025 DAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA ZON SARAWAK

KUCHING, 7 SEPTEMBER 2025, AHAD – Majlis Perasmian Penutup Program Jelajah Karnival 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Terdahulu pada sebelah pagi, YBhg. Dato’ Seri KSU turut meluangkan masa mengadakan sesi walkabout ke Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM), Pavilion Kos Sara Hidup dan reruai Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Penutup ini ialah YBhg. Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa KPDN, YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, Ketua Pengarah, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), YBhg. Dato’ Rohaizi Bahari, Pengarah Kanan, Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan, YBrs. Encik Matthew Anak Dominic Barin, Pengarah KPDN Negeri Sarawak serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive