MAJLIS PERASMIAN PROGRAM JELAJAH KARNIVAL KPDN 2025 & KBBM ZON UTARA
SUNGAI PETANI, 26 September 2025, JUMAAT - Majlis Perasmian Program Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Utara telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Karnival ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula 26 hingga 28 September 2025 di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah.
YB Menteri turut berkesempatan menyampaikan Sumbangan Bakul RAHMAH kepada 200 penerima terpilih. Bakul RAHMAH merupakan satu inisiatif di bawah KPDN yang berbentuk bakul makanan yang terdiri daripada barangan keperluan harian.
Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datuk Roziah Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), YBhg. Datuk Azman Adam, Ketua Pengarah Bahagian Penguat Kuasa serta pegawai-pegawai kanan kementerian.
Oleh: Unit Komunikasi Korporat