Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PERASMIAN JELAJAH KARNIVAL KPDN 2025 ZON TIMUR

menupromosi    

PERASMIAN JELAJAH KARNIVAL KPDN 2025 ZON TIMUR

KUANTAN, 25 OKTOBER 2025 – Siri Jelajah Karnival KPDN 2025 kini meneruskan siri penganjurannya di Kuantan, Pahang bermula pada 24-26 Oktober 2025. Majlis perasmian yang berlangsung di Dataran Sayangi Kuantan ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Dalam ucapan perasmian hari ini,  beliau memaklumkan bahawa KPDN telah mencapai kejayaan luar biasa bagi pelaksanaan Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) di Negeri Pahang yang merekodkan nilai jualan lebih daripada 1.15 juta transaksi bernilai RM41.9 juta setakat 24 Oktober 2025. Ini membuktikan keberkesanan pendekatan Kerajaan dalam usaha ’menaikkan lantai’ taraf hidup rakyat melalui inisiatif Payung RAHMAH.

Karnival KPDN Zon Timur ini berjaya menarik penyertaan seramai 53 usahawan tempatan, sekali gus menyumbang kepada jumlah kumulatif 266 usahawan yang telah menyertai jelajah Karnival KPDN bagi lima siri pelaksanaan sepanjang tahun 2025. Dalam majlis sama, turut disampaikan 100 sumbangan bakul RAHMAH kepada penerima yang layak.

Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, YBhg. Datuk Roziah binti Abudin, Timbalan Ketua Setiausaha KPDN dan pegawai-pegawai kanan KPDN

 


Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive