Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

KPDN PERKASA FESYEN TEMPATAN MELALUI PROGRAM MY GAYA SABAH 2025

menupromosi    

KPDN PERKASA FESYEN TEMPATAN MELALUI PROGRAM MY GAYA SABAH 2025

SABAH, 8 NOVEMBER 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkasa Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) sebagai platform strategik bagi meningkatkan daya saing industri tempatan dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik secara mampan, termasuk memperkukuh keyakinan terhadap produk buatan Malaysia serta menyokong perkembangan industri fesyen tempatan.

Justeru itu, KPDN dengan kerjasama Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA) menganjurkan My Gaya Sabah (MGS) 2025, kesinambungan kepada My Gaya Month (MGM) 2025 di Kuala Lumpur. Edisi khas ini diperluas ke Sabah buat julung kali sebagai inisiatif menyahut agenda KBBM 2025.

Pada majlis sama, YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, menzahirkan penghargaan kepada semua penggiat industri yang terus komited memperkukuh jenama tempatan melalui penghasilan produk berkualiti tinggi yang mencerminkan identiti dan cita rasa Malaysia.

Majlis yang bersejarah ini dirasmikan oleh YABhg. Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah binti Haji Tussin ini bukan sahaja menyerlahkan keindahan serta keunikan rekaan tempatan, malah mencerminkan iltizam KPDN untuk terus memperkasa industri kreatif dan keusahawanan di bawah payung KBBM. Usaha ini secara tidak langsung memperkukuh semangat Jom Beli Lokal dalam kalangan rakyat, agar cintakan produk tempatan menjadi budaya dan kebanggaan bersama.

 


Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive