Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MAJLIS PERSARAAN “SANJUNGAN BUDI, KILAUAN BAKTI” KPDN 2025

menupromosi    

MAJLIS PERSARAAN “SANJUNGAN BUDI, KILAUAN BAKTI” KPDN 2025

PUTRAJAYA, 13 NOVEMBER 2025 – Hari ini YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merasmikan Majlis Persaraan Sanjungan Budi, Kilauan Bakti bagi meraikan 15 orang pegawai yang akan bersara pada tahun ini. Sesungguhnya, jasa dan sumbangan para pesara yang terlibat adalah amat besar sepanjang keberadaan dalam perkhidmatan awam.

Komitmen dan kesungguhan para pesara wajar dijadikan inspirasi kepada warga perkhidmatan awam yang masih berkhidmat. Setiap penjawat awam perlu terus berusaha menambah baik sistem penyampaian Kerajaan bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat dan negara.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Haji Amran Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan), YBhg. Datuk Roziah binti Abudin,Timbalan Ketua Setiausaha serta pengarah negeri dan ketua-ketua bahagian KPDN.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive