Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

MESYUARAT KE-31 JAWATANKUASA ASEAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (31ST ACCP)

menupromosi    

MESYUARAT KE-31 JAWATANKUASA ASEAN PERLINDUNGAN PENGGUNA (31ST ACCP)

KUALA LUMPUR, 17 NOVEMBER 2025 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan bangganya menjadi tuan rumah Mesyuarat Ke-31 ACCP di Kuala Lumpur. Majlis Pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN.

Mesyuarat yang berlangsung dari 17–21 November 2025 ini menghimpunkan semua Negara Anggota ASEAN, termasuk Timor-Leste sebagai ahli penuh terbaharu. Malaysia turut berkongsi beberapa inisiatif utama seperti Indeks Pendayaupayaan Pengguna (CEI), usaha perlindungan pengguna digital dan program penggunaan lestari, serta menekankan kepentingan kerjasama serantau dalam menangani cabaran perdagangan digital dan pasaran rentas sempadan. ASEAN akan terus melangkah ke arah landskap pengguna yang lebih selamat, adil dan berdaya tahan.

Turut hadir ialah Mr. Ronnarong Phoolpipat, Pengerusi ASEAN Committee on Consumer Protection (ACCP) dan Ketua Setiausaha Office of the Consumer Protection Board (OCPB), Thailand.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive