Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

RANGKUMAN PROGRAM PEMUKIMAN STRATEGIK (RETREAT) HALA TUJU DAN FOKUS KPDN TAHUN 2025

image

12 JANUARI 2025, AHAD - Dalam mendepani tahun 2025, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus merangka pelbagai inisiatif dan program bersandarkan kefungsiannya daripada aspek ketangkasan penguatkuasaan, pemacu ekonomi domestik, daya upaya dan advokasi kepenggunaan dan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersandarkan pendekatan strategi KITA iaitu komitmen kerajaan, iltizam industri, tekad tatakelola yang baik dan partisipasi awam.

Keseluruhan pendekatan ini dirangkumkan dalam kesemua aspek bagi memastikan impak program yang berkesan demi manfaat rakyat dan negara.

Sesi perbincangan yang telah berlangsung pada 10 Januari 2025 lalu dimulakan dengan ucapan amanat daripada YB Menteri, YBhg. Datuk Armizan bin Mohd Ali, manakala ucapan majlis penutup pada hari ini pula disampaikan oleh YB Timbalan Menteri, YBhg. Senator Dr Fuziah binti Salleh.

Moga segala usaha dan perancangan tahun 2025 ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

 

Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive