Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

Permit Ejen Pemilikan Semula (EPS)

Pengenalan

Mulai 15 Jun 2011, tarikh berkuatkuasanya Akta Sewa Beli 1967(Pindaan 2010), mana–mana individu yang ingin menjalankan aktiviti pemilikan semula barangan yang terkandung di dalam Perjanjian Sewa Beli contohnya kereta, perlu mempunyai kebenaran yang dikeluarkan oleh KPDN

Mana-mana orang yang ingin memohon permit untuk menjalankan pemilikan semula barangan yang terkandung dalam perjanjian sewa beli hendaklah memenuhi keperluan yang berikut:

  1. Telah mencapai umur dua puluh satu tahun
  2. Seorang warganegara Malaysia:dan
  3. Apa-apa keperluan lain yang boleh ditentukan oleh Pengawal

Cara Memohon

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara atas talian melalui Sistem MyEPS di pautan https://myeps.kpdn.gov.my.
Bagi urusan pembaharuan permit pula, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan melalui Sistem MyEPS tersebut enam (6) bulan sebelum tarikh tamat permit.

 

BIL NAMA BORANG/DOKUMEN 
1 Garis Panduan Permohonan Permit Ejen Pemilikan Semula (Sedang Dikemaskini) Muat Turun
2 Kod Etika Ejen Pemilikan Semula (EPS) Muat Turun
3 Templat Surat Sokongan Bank/Syarikat Sewa Beli (Sedang Dikemaskini) Muat Turun

Pertanyaan

Pertanyaan lanjut berkaitan dengan permohonan permit Ejen Pemilikan Semula hendaklah dikemukakan kepada :

Unit Ejen Pemilikan Semula

Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan,
Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
Aras 5 (Podium 1), no 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA

No Telefon : 03-8882 6364 / 6858 / 5938 / 6491 / 5705


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive