Pada 1 September 2016, KPDN telah mengambil alih portfolio kuasa mentadbir bagi Permit Eksport produk simen dan klinker selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/ Eksport) (Pindaan) 2016. Bermula dari tarikh tersebut Kementerian ini bertanggungjawab untuk memproses permohonan permit eksport simen dan klinker.
Kod penjenisan (HS Code) produk yang terlibat adalah seperti berikut :
Bil | Keterangan Produk | Kod Penjenisan |
1 | Portland cement | 2523.29.90 00 |
2 | Cement clinker | 2523.10.10 00 |
2523.10.90 00 |
TATACARA PERMOHONAN
- Permohonan permit eksport simen dan klinker hendaklah dibuat secara atas talian (online) menggunakan modul ePermit melalui sistem DagangNet;
- Bagi pemohon baru (kali pertama) yang tidak pernah mempunyai akaun di laman web ePermit dagangnet, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu di www.dagangnet.com ;
- Setelah pendaftaran syarikat diluluskan dan juga bagi pengguna DagangNet sedia ada (yang pernah mendaftar dan menggunakan modul yang dibangunkan oleh DagangNet), permohonan untuk Lesen Eksport Simen dan Klinker bolehlah dibuat secara online menggunakan ID dan kata laluan yang diberikan melalui capaian newepermit.dagangnet.com:
SENARAI SEMAK
Permohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut :
BIL | NAMA BORANG/DOKUMEN | |
1 | Senarai Semak Permohonan Eksport Simen dan Klinker | Muat Turun |