Import Simen
KPDN telah mengambil alih portfolio kuasa mentadbir Permit Import bagi produk simen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkuat kuasa 1 Jun 2017 berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 31 Mac 2017.
Selaras dengan keputusan tersebut, pengimportan simen bermula 1 Jun 2017 memerlukan surat tiada halangan (No Objection Letter-NOL) daripada KPDN dan Certificate of Approval (COA) daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
Kod penjenisan (HS Code) produk yang terlibat adalah seperti berikut :
Bil | Keterangan Produk | Kod Penjenisan |
1 | Portland cement | 2523.21.00 00 |
2 | Other portland cement of all kinds | 2523.29.10 00 |
2523.29.90 00 | ||
3 | Aluminious cement | 2523.30.00 00 |
4 | Other hydraulic cement | 2523.90.00 00 |
TATACARA PERMOHONAN
1. Permohonan NOL perlu dihantar secara bertulis ke :
Sektor Barang Kawalan dan Subsidi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Aras 2 (Menara),No 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62623 Putrajaya, Malaysia; |
Atau hubungi Pegawai seperti berikut:
2) Cik Ayatul Fatehah Binti Razali |
2. Pemohonan perlu disertakan dengan dokumen sokongan seperti berikut:
- Surat permohonan daripada syarikat pengimport menggunakan kepala surat (letterhead) syarikat. Kandungan surat perlu menyatakan tujuan pengimportan, kuantiti, negara yang diimport, jenis simen serta kod tarif (HS code), jumlah yang ingin diimport dalam unit tan metrik dan tarikh jangkaan ketibaan (estimated time of arrival– ETA) produk (templat surat permohonan adalah seperti di Lampiran 1;
- Pesanan Tempahan (Purchase Order)/ Sebutharga/ Invois daripada pembekal; dan
- Lesen Borong/Runcit atau Permit Barang Kawalan Berjadual yang dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 oleh KPDN.
3. Setelah mendapat NOL dari KPDN, pemohon perlu memohon COA daripada CIDB secara atas
talian online menggunakan modul ePermit di laman web newepermit.dagangnet.com;
talian online menggunakan modul ePermit di laman web newepermit.dagangnet.com;
4. Bagi pemohon baru (kali pertama) yang tidak pernah mempunyai akaun di laman
web epermit dagangnet, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu
di http://www.dagangnet.com;
web epermit dagangnet, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu
di http://www.dagangnet.com;
Eksport Simen dan Klinker
MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Sebarang pertanyaan/ aduan berhubung sistem bolehlah diajukan kepada :
DagangNet Technologies Sdn Bhd
Pusat Perkhidmatan Pelanggan @ Careline,
Tower 3, Avenue 5, The Horizon, Bangsar South,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi : 24 jam (7 hari seminggu)
Telefon : 1-300-133-133 (Careline) / 03-2730 0200 (Talian Am)
Faks : 03-2713 2990 / 2121
Emel : info[@]dagangnet.com
Laman Sesawang : www.dagangnet.com