NILAI, 28 APRIL 2017 – Program “Varsity Entrepreneurship Skills And Talents 2017” (VEST) anjuran bersama Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini.
Program ini dirasmikan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Seri Hamzah Zainudin.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KPDNKK, Dato’ Sri Jamil Salleh, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) USIM, Prof. Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahlan, Pengerusi PNS, Datuk Syed Ali Al-Habshee dan Pengarah Urusan PNS, Dato’ Syed Kamarulzaman Dato’ Syed Zainol Khodki Shahbudin.
VEST merupakan sebuah program pertandingan keusahawanan yang melibatkan 20 institusi pengajian tinggi seluruh negara. Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai dari RM 10,000 sehingga RM50,000 .
Pertandingan terbuka kepada mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun. Tarikh penyertaan bermula 21 April hingga 10 Mei 2017. Maklumat lanjut mengenai pendaftaran, boleh melayari laman web PNS di www.pns.com.my/vest-online-registration.
Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK