PUTRAJAYA, 31 JULAI 2019 – Sebanyak 34 lesen Jualan Langsung dibatalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atas pelbagai kesalahan yang bertentangan dengan syarat lesen.
Syarikat-syarikat ini dikesan ekoran pemantauan dan maklumat orang ramai yang meragui bentuk perniagaan yang dijalankan. Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Muez Abd Aziz berkata, semua pemegang lesen tidak boleh meminda atau menambah apa-apa selain dari yang disyaratkan tanpa merujuk terlebih dahulu kepada kementerian.
Katanya, adalah menjadi satu kesalahan besar jika pihaknya mendapati ada mana-mana inividu atau syarikat yang dengan sengaja melanggar syarat-syarat yang ditetapkan seperti di dalam syarat.
Katanya, Jualan Langusng mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan dengan meraihkan lebih 15 billion ringgit pada tahun lalu dan berharap sasaran 17 billion tahun ini dapat dicapai dengan keadaan pasaran jualan langsung sekarang.
Pada majlis ini, Datuk Muez menyampaikan sebanyak 19 lesen Jualan langsung masing-masing 10 berupa pembaharuan lesen manakala Sembilan yang lain adalah lesen baharu.
Dari tahun 2102 sehingga kini, sebanyak 398 lesen jualan langsung dikeluarkan KPDNHEP dan 126 dimiliki sepenuhnya Bumiputera manakala sebanyak 56 syarikat Jualan langsung mempunyai ekuiti sepenuhnya syarikat luar negara.