Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

“MY GAYA MONTH 2025” PROMOSI INDUSTRI FESYEN TEMPATAN

menupromosi    

“MY GAYA MONTH 2025” PROMOSI INDUSTRI FESYEN TEMPATAN

 

KUALA LUMPUR, 2 OKTOBER 2025 – YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah merasmikan My Gaya Month 2025 (MGM2025) di Pavillion Bukit Jalil.

Penganjuran MGM 2025 merupakan hasil kerjasama strategik antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan Persatuan Pereka Bumiputera Malaysia (MBDA). Program jualan berkonsepkan MGM 2025 ini menjadi sebahagian daripada Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2025, dengan tumpuan khusus kepada segmen fesyen dan gaya hidup.

MGM 2025 yang berlangsung sepanjang Oktober 2025 bakal menampilkan pelbagai program menarik, termasuk reruai jualan, forum dan sesi bicara industri fesyen, pelancaran produk baharu, bengkel gaya dan penataan (styling workshops), sesi ramah mesra (meet & greet) bersama pereka, selebriti serta pempengaruh, selain pertandingan kostum animasi yang dijangka menambah daya tarikan acara ini.


Oleh: Unit Komunikasi Korporat


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive