
Bagi memastikan barang keperluan sentiasa mencukupi semasa musim perayaan dan mengelakkan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan sempena musim perayaan, KPDN sentiasa peka dan tindakan segera akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang enggan mematuhi skim harga ini.
SHMMP Deepavali 2023 ini berkuat kuasa selama 7 hari bermula 9 November hingga 15 November 2023 bagi 8 barangan keperluan terpilih iaitu:
1. bawang merah besar import,
2. bawang merah kecil (india) tidak termasuk ros,
3. cili merah,
4. daging kambing biri-biri bertulang import,
5. kacang dal (australia),
6. kelapa biji (*harga maksimum di peringkat borong sahaja),
7. kelapa parut (*harga maksimum di peringkat runcit sahaja), dan
8. tomato.
Turut hadir mengiringi adalah YBhg. Dato’ Seri Mohd Sayuthi Bakar-Ketua Setiausaha KPDN, YBrs. Tuan Shamsul Nizam Khalil-Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN, YBrs. En. Asif Moidu Ahamed dan YBrs. En. Shiroj Iyyakad -Wakil pengurusan tertinggi Pasar Raya LuLu, YBrs. Encik Ariffin Samsudin-Pengarah KPDN W.P.Kuala Lumpur, YBrs. Tuan Zubir Hamsa, Ketua Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Bahagian Penguat Kuasa KPDN serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian.
oleh: Unit Komunikasi Korporat