Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

JALINAN KERJASAMA BERSAMA SYARIKAT DIBUK SDN. BHD.

OPERASI BERSEPADU KPDNHEP BERSAMA AGENSI TERHADAP ISU HALAL DAN STANDARD KESELAMATAN PENGGUNA

PERLIS, 11 APRIL 2021 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP), Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini mengadakan lawatan rasmi ke Syarikat Dibuk Sdn. Bhd iaitu salah sebuah penyumbang utama Program Food Bank Malaysia di sini.

Syarikat Dibuk Sdn. Bhd. merupakan penyumbang beras yang komited di Negeri Perlis kepada Program Food Bank Malaysia (PFBM). Syarikat ini juga merupakan sebuah syarikat keluarga yang telah diusahakan selama tiga generasi yang merangkumi syarikat kumpulan padi beras, agromakanan, kejuruteraan dan juga maritim. Sumbangan syarikat ini telah banyak membantu golongan memerlukan di sekitar Negeri Perlis terutamanya golongan B40.

Menurut Dato Sri Alexander, inisiatif Food Bank Siswa ini bertujuan untuk menyalurkan bantuan lebihan makanan kepada komuniti dan mahasiswa yang memerlukan dan pada masa yang sama membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh golongan tersebut. Sehingga Mac 2021, seramai 624,845 ahli isi rumah dan seramai 17,954 pelajar di Institut Pengajian Tinggi telah berjaya mendapat manfaat daripada program ini.

KPDNHEP juga katanya telah melantik secara rasmi Pertubuhan Kebajikan Usahawan Mikro Malaysia (PKUMM) sebagai Rakan Strategik Utama PFBM di bawah KPDNHEP. Pertubuhan ini bertanggungjawab dalam memastikan golongan sasar di sekitar Perlis mendapat manfaat daripada program.

Menurut Dato Sri Alexander, para penyumbang juga dilindungi oleh Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 (AKPM2020) yang telah diwartakan pada 13 Mac 2020. Akta ini bertujuan untuk melindungi serta meredakan kebimbangan penderma-penderma, terutamanya pihak industri terhadap risiko tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sekaligus menggalakkan sumbangan bekalan makanan secara sukarela untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

“Sebagai penambahbaikan kepada inisiatif ini, teknologi mesin “retort” juga akan dilaksanakan pada tahun ini dengan projek perintis akan dimulakan di Hotel Seri Malaysia di Perlis dan Hotel Primula di Terengganu. Teknologi ini merupakan satu langkah inovatif untuk menyelamatkan dan meningkatkan jangka-hayat lebihan makanan (yang masih baik dan belum disentuh) daripada industri perhotelan yang akan dikumpul dan diproses menggunakan teknologi “retort” sebelum diagihkan kepada penerima kumpulan sasa,” tambahnya.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive