Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

DIDIK PELAJAR ILMU PERNIAGAAN

MELAKA, 24 JULAI 2017 – Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Sri Jamil salleh hari ini menyarankan supaya koperasi di sekolah seharusnya menjadi ‘pusat pembelajaran’ bagi seseorang pelajar untuk mendalami ilmu perniagaan.

Katanya, pihak guru dan sekolah perlu memikirkan cara yang lebih berkesan dan kaedah terbaik untuk mempelbagaikan aktviti sebagai pendedahan pelajar kepada dunia keusahawanan seperti memberi mereka peluang melaksanakan aktiviti pernaigaan yang lain daripada aktiviti menjual alat tulis dan barangan persekolahan sahaja.

“Para pelajar perlu diberi peluang untuk menunjukkan kepakaran mereka bagi menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan yang mampu untuk menjana ekonomi,” ujarnya ketika merasmikan penutup Program Young Entrepreneur Strive For Success (YESS) Peringkat Negeri Melaka di MITC Ayer Keroh di sini hari ini.

Katanya, para pelajar wajar juga diberi peluang untuk menghasilkan produk sendiri. Koperasi sekolah boleh memberi galakan dan pendedahan kepada pelajar untuk menghasilkan produk buatan sendiri dan sekaligus dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.

Mereka juga harus menjadikan koperasi sebagai tempat untuk mereka meningkatkan kemahiran sebagai persediaan pada masa akan datang.

“Saya berharap untuk melihat koperasi sekolah dapat bersaing dengan koperasi –koperasi yang lain agar dapat melahirkan pelajar yang business-minded dan dapat meningkatkan usahawan dari kalangan golongan muda.

Sementara itu, lapan koperasi sekolah daripada 80 koperasi sekolah yang ada di negeri Melaka terpilih bertanding di program YESS bagi mewakili negeri itu ke peringkat Kebangsaan September nanti.

Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi, Masjid Tanah muncul johan dengan projek tanaman cili mengetepikan tujuh pesaing lain untuk bergelar juara YESS Negeri Melaka 2017.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive