Accessibility Tools

anms faq feedback contact sitemap

PEMEGANG KAD FRIENDS OF KPDNKK NIKMATI DISKAUN

SERDANG, 18 JULAI 2017 – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) telah bersetuju untuk memberi diskaun sehingga 20 peratus di semua premis perniagaan mereka sebagai menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup.

Bagi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) mereka akan menikmati diskaun sebanyak 20 peratus, siswa sebanyak 10 peratus manakala pemegang kad pengguna (Friends Of KPDNKK) akan menikmati diskaun sebanyak lima peratus.

Pengumuman mengenainya dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, pada majlis Sambutan Hari Raya dan Hari Keluarga NGO-NGO India Muslim SeMalaysia bersama Perdana Menteri yang berlangsung malam ini bertempat di Dewan A, Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS).

Katanya, persetujuan telah dicapai untuk memberi diskaun kepada ketiga-tiga pemegang kad berkenaan bagi membantu pengurangan kos sara hidup rakyat.

Majlis yang bermula sejak jam tiga petang tadi menghimpunkan kira-kira 20,000 masyarakat India Muslim yang bernaung di bawah Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA).

Lebih 50 jenis makanan disediakan pada majlis yang bersejarah ini. Majlis bermula dengan acara melukis membabitkan kanak-kanak, persembahan pentas dan pertunjukan silap mata.

Dato’ Seri Mohd Najib berterima kasih di atas sokongan masyarakat India Muslim terhadap kerajaan dan berharap agar kerjasama serta kepercayaan mereka terhadap kerajaan berterusan bagi memastikan pembangunan negara akan dapat diteruskan mengikut perancangan masa depan.

Oleh : Unit Komunikasi Korporat KPDNKK,


ezAdu
SENARAI SYARIKAT MINYAK DI MALAYSIA Electronic Archive